Wednesday, January 12, 2011

Melodi Kembara Syahadah 3


Bicara terhenti begitu lama,
dek kerana anugerah yang maha Esa,
mahu lindung si pengembara,
dari nafsu diri yang durjana,
kembalinya dia dengan izin pencipta,
menutur jemari,
mencoret cerita,
si sang kembara yang menderita,
di alam dunia, penjara doa derita.

pulang nya iman,
ke kalbu si pengembara,
dengan harapan akan kekal hingga ke akhirnya,
si pengembara bertemu rusa,
si musafir bertemu telaga,
air menghapus dahaga,
taubat nasuha penghapus dosa......